Intan Najuwa role model saya!

Iklan
Intan Najuwa - Foto Instagram @intannajuwa

[DIKEMAS KINI] Minggu lalu, Merak Jalanan mencuri dengar perbualan dua beranak yang duduk sebelah meja di sebuah kedai kopi hipster.

Ibu dan anak perempuannya bercerita tentang idola masing-masing.

Iklan
Iklan

"Dulu, mak paling minat bekas Perdana Menteri Pakistan, Benazir Bhutto.

"Benazir menjadi wanita pertama menjawat jawatan itu di sebuah negara Islam. Kepimpinan amat luar biasa,” tenang si ibu bercerita.

Iklan

Si anak remajanya berkata,"Intan Najuwa ‘role model’ saya!”

"Mak, Intan tu bukan sahaja cantik dan pandai berlakon, dia juga sedang sambung belajar dalam jurusan undang-undang di Singapura.

Iklan

"Saya selalu mengikuti rutin Intan menerusi InstaStorynya. Baru-baru ini, Intan tunjuk keputusan peperiksaannya.

"Dia dapat ‘A’ dan ‘A-’ bagi dua subjek iaitu Undang-Undang Jenayah dan Undang-Undang Kontrak. Hebat bukan?

"Itulah maksud ‘beauty with brain’ yang sebenar mak,” kata si anak.

Katanya lagi, sejak mengikuti perkembangan Intan, dia berazam menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi dan dalam masa sama menjaga penampilan supaya kemas dan cantik.

Terselit rasa bangga dengan remaja itu, pertama kerana memilih artis tempatan sebagai idola dan bukan artis luar negara yang terkinja-kinja.

Kedua, dia membuka mata Merak Jalanan sebagai orang dewasa melihat sudut pandangan anak muda terhadap idola mereka.

Yang ketiga, tanpa kita sedar betapa perkongsian pempengaruh di sosial media memberi impak kepada pengikutnya.

Oleh itu, pempengaruh wajar berhenti berkongsi aura negatif di media sosial.

Sedang rancak dua beranak itu berbuat, tiba-tiba suasana senyap.

Mata dua beranak itu memandang tepat kepada Merak Jalanan.

Aduhai, mereka perasan rupanya. Malunya!

Untuk menghilangkan rasa canggung, Merak Jalanan segera meninggalkan kedai itu tetapi sempat jugalah Merak Jalanan berkata kepada si anak:"Terima kasih kongsi cerita. Saya juga nak follow Intan Najuwa!”