Nakba kedua ancam Genting Gaza
Iklan
Kira-kira 1.1 juta penduduk Palestin di utara dan tengah Gaza diarah berpindah oleh rejim Zionis pada minggu lalu.
BANDAR GAZA - Ahmed al-Saadi bersama keluarganya antara ratusan ribu penduduk Palestin yang melarikan diri daripada kempen pengeboman rejim Zionis yang telah memusnahkan seluruh kawasan kejiranan mereka di Genting Gaza.
Tetapi, mereka masih belum selamat walaupun mendapatkan perlindungan di sekolah kendalian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).