PASANGAN beregu profesional kebangsaan Ong Yew Sin-Teo Ee Yi melangkah ke suku akhir Terbuka Denmark 2023 di Odense, pada Khamis.
Pada pusingan kedua kejohanan yang berlangsung di Arena Jyske Bank, Yew Sin-Ee Yi berjaya mengatasi pasangan Jepun Akira Koga-Taichi Saito, 21-17, 22-20, dan selepas ini akan bertemu pasangan tuan rumah Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Iklan
Iklan
Astrup-Rasmussen, yang merupakan pilihan ketujuh kejohanan melangkah ke suku akhir selepas menewaskan pasangan dari Jerman Mark Lamsfuss-Marvin Seidel, 20-22, 21-11, 21-18.
Pasangan Yew Sin-Ee Yi akan menyertai dua lagi wakil Malaysia pada suku akhir, pemain perseorangan Lee Zii Jia dan pasangan beregu utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik, hari ini.
Zii Jia akan bertemu pemain Jepun Kenta Nishimoto, manakala Aaron-Wooi Yik akan bertemu pasangan China He Ji Ting-Ren Xiang Yu.
Semalam, Zii Jia menang tanpa bertanding selepas pemain pilihan utama Viktor Axelsen selepas cedera di kaki kirinya.
Sementara itu, Aaron-Wooi Yik pula layak ke suku akhir selepas mereka mengalahkan juara dunia tiga kali dari Indonesia Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan, 16-21, 21-5, 21-15. - Bernama