Polis ambil keterangan peniaga kibar bendera Israel

Iklan
Sinar Harian sebelum ini melaporkan dua keping gambar memaparkan sebuah premis yang didakwa mengibarkan bendera Israel di sebuah kawasan di Terengganu tular di media sosial sejak petang Khamis. Gambar kecil: Mazli

KUALA TERENGGANU - Polis Terengganu sudah mengambil keterangan seorang peniaga berusia lingkungan 30-an yang didakwa mengibarkan bendera Israel di sebuah premis di sini pada Khamis.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, siasatan berhubung perkara tersebut masih diteruskan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, hasil siasatan, keluarga suspek memaklumkan lelaki itu mempunyai masalah mental.

Polis masih jalankan siasatan kerana suspek pernah mempunyai sejarah berkaitan kesalahan narkotik.

Iklan

"Kita sedang buat siasatan terperinci tentang isu ini dan mengenal pasti seksyen bakal dikenakan kepada suspek," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Dua keping gambar memaparkan sebuah premis yang didakwa mengibarkan bendera Israel di sebuah kawasan di Terengganu tular di media sosial sejak petang Khamis.

Iklan

Hantaran dimuat naik menerusi grup di media sosial itu mengundang kemarahan orang ramai.

ARTIKEL BERKAITAN:Premis kibar bendera Israel undang kemarahan ramai

Bagaimanapun, menurut hantaran tersebut, pelaku telah memohon maaf dan menurunkan bendera berkenaan.

Mengulas lanjut, Mazli berkata, tindakan menaikkan bendera tanpa permit di premis merupakan kesalahan di bawah undang-undang pihak berkuasa tempatan (PBT).

Kita tunggu laporan daripada PBT berhubung perkara ini," ujarnya.

Dalam pada itu, Mazli menasihatkan masyarakat agar tidak melakukan tindakan membangkitkan kegusaran awam termasuk memasang bendera Israel yang boleh menimbulkan kemarahan ramai pihak.

"Mereka boleh disiasat di bawah kesalahan menyebabkan hura-hara dan menggugat ketenteraman awam.

Mereka yang melakukan kesalahan itu akan berdepan tindakan undang-undang ditetapkan.

"Peringatan kepada masyarakat supaya tidak memasang bendera yang menimbulkan kemarahan orang awam," jelasnya.

Justeru, Mazli berkata, setiap bendera yang ingin dipasang di mana-mana premis dan bangunan perlu mendapat kebenaran daripada PBT terlebih dahulu.