JDT akui Perak FC tak beri laluan mudah

Iklan
Esteban Solari

KETUA jurulatih Johor Darul Ta'zim, Esteban Solari mengakui anak buahnya dipaksa bekerja keras sebelum berjaya mengatasi Perak FC dengan jaringan 4-1 dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Perak di Ipoh pada Khamis.

Menurutnya, pasukan tuan rumah bermain dengan baik dan tidak memberi ruang yang mudah buat JDT untuk mencipta lebih banyak jaringan.

Iklan
Iklan

"Perlawanan pada malam ini (malam tadi) sangat menarik apabila Perak FC menunjukkan semangat melawan dan memberi tekanan kepada JDT untuk mencipta jaringan. Mereka meletakkan kami dalam situasi sukar dan kita pun sudah menjangkakannya.

"Kita terpaksa bekerja keras namun prestasi ditunjukkan pemain JDT sangat baik dan keputusan akhirnya memihak kepada kita," katanya kepada pemberita selepas perlawanan Perak FC dan JDT di Stadium Perak di Ipoh pada Khamis.

Iklan

Solari berkata, biarpun terdapat pemain baru sahaja pulang dalam masa 48 jam selepas bersama pasukan kebangsaan, prestasi ditunjukkan amat baik.

Menurutnya, dengan bantuan pemain-pemain lain, JDT kekal konsisten di dalam pertandingan domestik menjelang perlawanan Liga Juara-Juara Asia pada Isnin depan.

Iklan

Jelasnya, tumpuan selepas ini terarah kepada persiapan menentang kelab Korea Selatan, Ulsan Hyundai FC di tempat lawan dalam masa tiga hari.

Pada Khamis, seperti dijangka JDT mudah mengatasi Perak FC dengan keputusan 4-1 dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia sekali gus memberi laluan mudah untuk ke final Piala Malaysia sebelum aksi timbal balik pada 2 November depan.