Mangsa banjir di Kelantan kekal

Iklan

KOTA BHARU - Jumlah mangsa banjir di Kelantan kekal dengan 187 mangsa daripada 72 keluarga yang masih ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara di Pasir Mas setakat jam 8 pagi tadi.

Aplikasi InfoBencanaJKM menunjukkan seramai 21 mangsa daripada tujuh keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh, 93 mangsa daripada 44 keluarga menghuni PPS SK Bakong dan 73 mangsa daripada 21 keluarga berlindung di SK Kedai Tanjong.

Iklan
Iklan

Banjir di Kelantan hampir pulih berikutan keadaan cuaca yang baik sejak beberapa hari yang lepas.

Sementara itu, laman sesawang ebanjir.kelantan.gov.my menunjukkan Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas berada di paras 9 meter (bahaya 9 meter) manakala Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat kembali ke paras berjaga-jaga dengan bacaan 2.03 meter manakala semua sungai utama lain berada pada paras normal.

Iklan
Iklan

Polis Kelantan mengesahkan lima mangsa terkorban sepanjang gelombang pertama dan kedua banjir melanda Kelantan setakat ini. - Bernama