Pemanis minta kerajaan bertegas dengan Dong Zong

Iklan
Gambar hiasan

KANGAR - Persatuan Melayu Negeri Perlis (Pemanis) mahu kerajaan bertegas dengan Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) yang bercadang menganjurkan kongres bagi membantah pengenalan pembelajaran tulisan jawi di sekolah vernakular.

Yang Dipertuanya, Datuk Mohd Zain Hamzah berkata, bantahan tersebut tidak seharusnya berlaku kerana kerajaan telah membuat keputusan mengenai perkara tersebut setelah menimbang segala sudut dengan sebaik mungkin dan telah melakukan rundingan dengan semua pihak.

Iklan
Iklan

"Justeru itu, kerajaan perlu bertegas tanpa tunduk kepada mana-mana pihak yang mahu menghalang pelaksanaan pembelajaran jawi di sekolah vernakular tersebut," kepada kepada Bernama di sini hari ini.

Mohd Zain menyatakan demikian sebagai sokongan padu Pemanis terhadap amaran Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Dong Zong supaya membatalkan hasrat mereka untuk menganjurkan kongres bantahan tersebut yang dijadual akan diadakan di Kolej New Era, Kajang, Selangor pada 28 Disember ini.

Iklan

Katanya, sebarang tindakan yang dilakukan oleh Dong Zong yang bertentangan dengan udang-undang negara boleh mencetuskan kekacauan dalam negara.

Beliau meminta agar kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap persatuan itu sekiranya Dong Zong tetap berkeras untuk menganjurkan kongres tersebut kerana tidak mahu mendengar nasihat pucuk pimpinan negara.

Iklan

Katanya, pihaknya juga bersetuju dengan pandangan Perdana Menteri bahawa segala tindakan yang dirancangkan oleh Dong Zong tersebut boleh menimbulkan huru-hara kerana ianya bakal menimbulkan tindak balas dari pihak orang Melayu yang akan membuat bantahan balas.

"Masyarakat Cina di negara ini harus bersyukur bagaimana mereka boleh hidup senang mencari kekayaan kerana keamanan yang dikecapi negara masa kini, justeru jangan pula bertindak ke arah yang boleh menimbulkan ketegangan kaum," katanya. - Bernama