Strok haba: Tujuh penuntut Pulada dibenarkan pulang, dua masih di ICU

Iklan
Laporan Sinar Harian pada 16 Oktober lalu mengenai seramai 10 penuntut yang menjalani kursus tempur pegawai muda di lapang sasar Kem Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (Pulada) Kota Tinggi dipercayai mengalami simptom strok haba. Gambar kecil: Tian Soon

JOHOR BAHRU – Tujuh penuntut kursus tempur pegawai muda di Kem Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (Pulada) Kota Tinggi di sini, yang menerima rawatan di Hospital Kota Tinggi (HKT) kerana dipercayai mengalami strok haba Ahad lalu, sudah dibenarkan pulang.

Menurut Exco Kesihatan dan Perpaduan Johor, Ling Tian Soon, hanya tinggal dua lagi penuntut yang masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Ismail (HSI).

Iklan
Iklan

Jelasnya, keadaan kedua-dua penuntut berkenaan dilaporkan beransur pulih dan stabil ketika ini.

"Kedua-dua penuntut ini berada dalam keadaan stabil dan semakin pulih, namun mereka masih belum boleh pulang ke rumah kerana perlu menjalani rawatan,” katanya pada Sabtu.

Iklan

Tian Soon berkata demikian mengulas kes seorang penuntut kursus tempur pegawai muda di kem berkenaan yang meninggal dunia dipercayai mengalami simptom strok haba ketika menjalani kursus di lapang sasar Pulada minggu lalu.

ARTIKEL BERKAITAN:10 penuntut kursus tempur alami strok haba, seorang maut

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN:Strok haba: Dua penuntut Pulada dirawat di ICU stabil

Sebelum ini, seramai 10 penuntut kursus tempur pegawai muda berkenaan dikejarkan ke hospital setelah dipercayai mengalami simptom strok haba.

Kejadian berlaku ketika peserta kursus berkenaan menjalani latihan di kem berkenaan mulai jam 5.30 hingga 6 petang dan mereka yang mengalaminya turut pengsan.

Tiga daripada peserta berkenaan dirujuk ke HSI manakala tujuh peserta dihantar ke HKT.

Bagaimanapun seorang penuntut, Leftenan Muda Emil Syahid Iskandar, 24, meninggal dunia pada 14 Oktober lalu.

ARTIKEL BERKAITAN:Tragedi strok haba: Dua penuntut pulih, tujuh masih dirawat

Mengulas lanjut, Tian Soon berkata, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan cuba memberikan nasihat kepada pihak tentera berhubung penganjuran beberapa aktiviti pada masa hadapan.

Namun katanya, pihak Kementerian Pertahanan (Mindef) pastinya lebih berpengalaman dan memiliki prosedur operasi standard (SOP) tersendiri

"Saya pasti Mindef memiliki panduan dan SOP sendiri serta ada pengalaman berdepan dengan cuaca sekarang yang sedikit berlainan.

"Bagaimanapun sekiranya memerlukan nasihat KKM, mereka boleh mendapatkannya," katanya.