Wushu sedia terima perdamaian BPS KPT

Iklan
Laporan Sinar Harian. Gambar kecil: Pekan, Kim Fatt

PERSEKUTUAN Wushu Malaysia (PWM) sedia menyambut salam perdamaian dengan Seksyen Sukan, Bahagian Perancangan Strategik (BPS) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi menjernihkan konflik antara kedua-dua pihak.

Presiden PWM Datuk Chong Kim Fatt menyerahkan kepada pihak Seksyen Sukan BPS KPT bagi mengatur pertemuan sekali gus menyelesaikan kemelut melanda kedua-dua pihak selama ini.

Iklan
Iklan

"Saya harap mereka boleh keluarkan surat jemputan dahulu sebelum berjumpa kami," katanya.

Timbalan Setiausaha Bahagian Seksyen Sukan BPS KPT, Datuk Dr Pekan Ramli pada Khamis ketika dihubungi berkata, pihaknya bersedia berjumpa dengan PWM bagi menjernihkan semula keadaan demi kebaikan atlet wushu negara.

Iklan

Terdahulu, Kim Fatt pada satu sidang media memaklumkan PWM membuat keputusan drastik memutuskan segala bentuk kerjasama dengan Seksyen Sukan BPS KPT berkuat kuasa serta-merta.

Bekas ketua kontinjen negara ke Sukan Asia Hangzhou 2022 itu berkata, keputusan tersebut menyaksikan PWM tidak akan menyertai sebarang kejohanan dikelolakan Seksyen Sukan BPS KPT termasuk temasya seperti Sukan Universiti Dunia (Universiade) dan Sukan Universiti ASEAN selepas ini.

Iklan

Beliau mendakwa antara isu membuatkan PWM 'hilang sabar' sejak mula bekerjasama pada 2012 termasuk Seksyen Sukan BPS KPT tidak mengutus surat permohonan kepada badan induk itu untuk menyenarai atlet wushu negara bagi menyertai sebarang kejohanan.

Selain itu, seksyen berkenaan juga tidak menyatakan penghargaan kepada mereka sekiranya atlet pulang dengan kejayaan membanggakan pada mana-mana kejohanan atau temasya sukan disertai. - Bernama