Persiapan menghadapi musim banjir

Iklan
Kerja-kerja membersihkan parit menggunakan jengkaut dilakukan sebagai persiapan menghadapi banjir ketika tinjauan di Kampung Sungai Serai hari ini.

Negara pada ketika ini berada dalam fasa peralihan monsun yang bermula pada 19 Sept lepas dan dijangka berakhir pada Nov ini.

Kerja-kerja pembersihan dilakukan bagi mengelakkan longkang tersumbat dan banjir kilat berikutan hujan lebat berterusan.

Kerajaan mengarahkan agensi berkaitan termasuk Agensi Pengurusan Bencana Negara, Angkatan Pertahanan Awam serta pasukan keselamatan untuk terus berada pada tahap kesiapsiagaan yang tinggi untuk menghadapi banjir yang diramal berlaku berikutan musim Monsun Timur Laut.