Suria FM, ERA cipta sejarah

Iklan
Pendengar akan berpeluang mendengar gandingan 6 penyampai pada 23 Oktober ini.

BUAT julung kalinya, stesen radio Suria FM dan ERA bakal bersiaran secara serentak di kedua-dua frekuensi menerusi gabungan segmen pagi Morning Morning Suria dan 3 Pagi ERA pada 23 Oktober 2023 (Isnin) dari jam 6 pagi hingga 10 pagi.

Diinspirasikan oleh CelcomDigi, kedua-dua stesen ini akan disatukan melalui penjenamaan"ERA SURIA, Di Sini Segalanya Terkini”, menjanjikan hiburan ‘radio tanpa batas’ dengan menghiburkan para pendengar melalui gandingan hebat dari barisan penyampai seperti Ajak, Shuib, Suraya, Nabil, Azad dan Radin.

Iklan
Iklan

Selain mendengar celoteh dari barisan penyampai, pendengar juga bakal dihiburkan dengan pelbagai topik menarik dan pilihan lagu bertemakan duet yang bakal dimainkan secara serentak dari kedua stesen.

Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid (DJ Lin), pihaknya mengalu-alukan dan menyambut baik jalinan kerjasama bersama pihak Astro sekali gus sejarah baru akan tercipta dalam industri radio tanah air.

Iklan

"Sebagai sebuah stesen radio swasta sememangnya kami bersaing dari segi ranking dan jumlah pendengar tetapi kerjasama ini merupakan simbolik untuk memupuk semangat silaturahim demi melihat industri radio terus berkembang secara sihat.

"Diharapkan jalinan sebegini dapat membuka pintu ruang kerjasama yang lebih aktif dan agresif di masa mendatang sekaligus dapat menjadi rujukan kepada pengamal radio yang lain untuk mengambil pendekatan yang sama di samping mewujudkan persepsi positif masyarakat terhadap industri radio di Malaysia,” ujarnya.

Iklan

Sementara itu, Pengurus Kandungan ERA, Hani Fadzil berkata, meskipun kolaborasi ini menggabungkan dua jenama dari latar belakang yang berbeza, pihaknya percaya bahawa di penghujung hari, kandungan dan pengisian yang diterima oleh para pendengar adalah perkara utama.

"Kami juga ingin mempamerkan persaingan sihat di antara jenama radio dengan berkongsi nilai dan matlamat yang sama, seperti CelcomDigi, kami percaya bahawa ERA dan Suria FM akan Gagah Bersama,” katanya.