Ahli Parlimen Gerik letak jawatan Setiausaha Bersatu, kekal bersama PN

Iklan
Kenyataan Fathul Huzir menjawab desas-desus mengenai kedudukan beliau sebagai Ahli Parlimen Gerik pada Khamis. Gambar kiri:FATHUL HUZIR

IPOH - Ahli Parlimen Gerik, Fathul Huzir Ayob menyatakan pendirian untuk kekal bersama-sama Perikatan Nasional (PN) sekali gus menafikan pelbagai spekulasi yang timbul sejak akhir-akhir ini.

Menurutnya, khabar angin mengenai kedudukan beliau sebagai Ahli Parlimen Gerik timbul berikutan tindakannya meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Gerik.

Iklan
Iklan

Jelasnya, peletakan jawatan itu dibuat sebagai tanda solidariti selepas pemangku ketua Bersatu bahagian meletakkan jawatan.

"Hal berkaitan dengan Bersatu Gerik adalah hal parti yang merupakan anggota dalam PN dan ia tidak wajar dikaitkan dengan kedudukan saya sebagai salah seorang Ahli Parlimen PN.

Iklan

Pada 12 Oktober lalu, Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid membuat keputusan untuk menyokong pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut wakil rakyat daripada Bersatu itu, pendekatan tersebut diambil setelah meneliti rintihan berterusan pengundi dan menitikberatkan keperluan mendesak untuk menangani masalah krisis kenaikan kos sara hidup yang melanda kawasannya.

Iklan

Sehari selepas itu, Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin mendakwa Iskandar Dzulkarnain diugut atas kesalahan rasuah sekiranya enggan menandatangani kenyataan media yang disediakan lebih awal menyokong kerajaan.

Bagaimanapun Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan pembangkang kononnya tindakan Ahli Parlimen Kuala Kangsar itu menyokong kepimpinan Kerajaan Perpaduan ketika ini dibuat atas tekanan tertentu.

Sebaliknya menjelaskan, kenyataan Iskandar Dzulkarnain untuk menyokong kepimpinan kerajaan dibuat atas kerelaannya sendiri.