MIAMI - Salah seorang daripada suspek utama dalam kes pembunuhan Presiden Haiti, Jovenel Moïse, dalam serangan ganas pada 7 Julai 2021 di Port-au-Prince, telah ditahan pada hari Khamis di Haiti, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Jurucakap Polis Garry Desrosiers mengesahkan kepada Miami Herald bahawa Joseph Félix Badio, bekas pegawai antirasuah yang dipecat daripada tugasnya dua bulan sebelum pembunuhan itu ditahan ketika sedang membeli-belah di sebuah pasar raya di Petionvill
Iklan
Iklan
Badio adalah antara beberapa suspek berprofil tinggi yang diburu lebih dua tahun selepas pembunuhan itu.
Penahanannya dipercayai dapat membantu penyiasat di Haiti dan di Amerika Syarikat (AS) mengenal pasti motif pembunuhan Moïse.
Tahun lepas, Badio menyiarkan rakaman audio dalam bahasa Creole menafikan penglibatannya dalam plot pembunuhan itu, selain menulis surat kepada Kedutaan AS di Port-au-Prince, bersama dokumen mengenai rakyat Haiti-Amerika dan komando Colombia yang didakwanya terlibat dalam kes itu.
Walaupun lebih 40 orang telah ditahan di Haiti, termasuk anggota pengawal presiden dan sekumpulan askar upahan Colombia, belum ada yang didakwa secara rasmi, manakala di AS, 11 orang didakwa dalam kes yang diketuai FBI sama ada bersubahat atau terlibat dalam pembunuhan Moïse. - Bernama-dpa
Artikel Berkaitan