'Kalau tak mahu doakan Rafizi, cukup sekadar diam' - Syed Ibrahim

Iklan
Syed Ibrahim (kiri), Rafizi Ramli

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh menyelar tindakan pengguna media sosial yang membawa naratif jahat terhadap masalah kesihatan yang dihadapi oleh Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

Syed Ibrahim berkata, sekiranya tidak mahu mendoakan atau bersimpati, cukup sekadar berdiam diri.

Iklan
Iklan

"Semoga ALLAH beri kelembutan dan kewarasan dalam hati kita semua,” tulisnya menerusi satu hantaran di laman sosial, X pada Jumaat.

Dalam hantaran berkenaan, Syed Ibrahim turut memuat naik paparan tangkap layar yang menunjukkan satu akaun media sosial mendakwa masalah kesihatan dihadapi Ahli Parlimen Pandan itu hanya sekadar drama untuk meraih simpati.

Iklan

Terdahulu tular satu gambar tangkap layar memaklumkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal mengadakan lawatan kebajikan ke salah pusat perubatan untuk melawat Rafizi yang dikatakan mengalami sakit jantung.

Iklan