Jurugambar Anwar mohon maaf kepada Ikmal Hisham

Iklan
Sadiq membuat permohonan maaf kepada Ikmal Hisham menerusi laman sosial, X pada Jumaat.

SHAH ALAM - Jurugambar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Sadiq Asyraf membuat permohonan maaf kepada Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz susulan dakwaan menghisap rokok elektronik atau vape di dalam Dewan Rakyat.

Sadiq membuat permohonan maaf itu menerusi satu hantaran di laman sosial, X pada Jumaat.

Iklan
Iklan

"Berharap agar segala salah faham kini telah diselesaikan secara harmoni,” tulisnya.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan foto berkenaan tular di media sosial selepas Sadiq memuat naik imej tersebut di laman sosial, X.

Iklan

Beliau telah memuat naik imej itu dengan keterangan kapsyen berkenaan imej tersebut.

Susulan daripada itu, Ikmal Hisham mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap jurugambar berkenaan.

Iklan

"Semua orang tahu saya bukan kaki merokok, duduk sebelah perokok pun saya tak tahan, apatah lagi merokok, hisap vape jauh sekali,” katanya.