Ambulans bawa dua pesakit terbabit kemalangan

Iklan
Sebuah ambulans terbabit kemalangan dengan sebuah kereta berhampiran Masjid Sri Sendayan awal pagi Jumaat. - Foto ihsan polis

SEREMBAN - Dua pesakit, seorang pembantu pegawai perubatan serta pemandu ambulans selamat, selepas kenderaan dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan sebuah kereta berhampiran Masjid Sri Sendayan dekat sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku apabila ambulans jenis Maxus dipandu oleh seorang lelaki berumur 43 tahun, dalam perjalanan dari Sungai Pelek, Sepang menuju ke arah Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, pemandu itu, membawa seorang pembantu pegawai perubatan dan dua pesakit lelaki, masing-masing berumur 66 tahun dan 18 tahun.

"Apabila tiba di lokasi kejadian, ambulans tersebut menyalakan lampu pandu arah kecemasan dan membunyikan siren, lalu meneruskan perjalanan ketika lampu isyarat berwarna merah.

Iklan

"Kemudian sebuah kereta jenis Volvo dipandu oleh seorang lelaki berumur 57 tahun dari arah sebelah kanan, telah bergerak dan melanggar bahagian sisi kanan ambulans hingga terbalik,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Arifai berkata, akibat kemalangan itu, kesemua mangsa mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke HTJ bagi rawatan lanjut. Kes disiasat di bawah Peraturan 17 LN 167/59. - Bernama

Iklan