Selangor salur RM1 juta buat Palestin

Iklan
Amirudin

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor akan menyalurkan RM1 juta ke Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) yang diseliakan oleh Kementerian Luar Negeri.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, sumbangan itu merupakan langkah mengurangkan kedukaan dan kesengsaraan rakyat Palestin.

Iklan
Iklan

Menurutnya, bantuan tersebut juga diharapkan menjadi sebahagian daripada usaha kolektif masyarakat dan negara seluruh dunia mengangkat prinsip keadilan dan menentang keganasan.

"Sejak 9 Oktober, kesengsaraan angkara rejim yang ingin melenyapkan populasi yang tidak mampu mempertahankan diri serta melanggar undang-undang antarabangsa.

Iklan

"Tindakan korup dari segi prinsip dan moral ini telah menyebabkan sehingga 4,000 nyawa rakyat Palestin terkorban sehingga hari ini," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Katanya, pada ketika ini seluruh komuniti antarabangsa mempunyai tanggungjawab untuk mengenepikan perbezaan dan menyokong gencatan serangan.

Iklan

"Ia bagi memberikan laluan bantuan kemanusiaan dapat disegerakan secara selamat ke Semenanjung Gaza kepada mangsa terutamanya wanita, kanak-kanak dan warga emas," katanya.

Pada Khamis, Amirudin pada ucapan pembukaan Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2023 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) mengutuk keganasan Israel terhadap Palestin.

Beliau mewakili rakyat Selangor turut menyatakan pendirian untuk bersolidariti dengan semua pihak yang menegakkan keamanan dan keadilan.