Tiga warga Myanmar maut akibat keracunan

Iklan

KUANTAN - Tiga warga Myanmar ditemukan meninggal dunia dipercayai akibat keracunan di dalam sebuah kabin di tapak projek di Jalan Anggerik, Rompin, Selasa lepas.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian yang melibatkan mangsa lelaki berusia antara 21 dan 33 tahun itu pada 3.15 petang, hari sama.

Iklan
Iklan

"Hasil pemeriksaan awal terhadap kawasan sekeliling dan badan mangsa mendapati tiada sebarang unsur jenayah dapat dikaitkan," katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.

Beliau berkata, bedah siasat telah dijalankan di Hospital Rompin pada Jumaat dan mendapati mangsa meninggal dunia akibat keracunan, namun punca sebenar belum diketahui kerana masih menunggu laporan ujian makmal.

Iklan

Buat masa ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut, katanya. - Bernama

Iklan