Perodua Tweckbot temui pelanggan di Sabah

Iklan
PERODUA akan melakukan pemeriksaan melebihi 50 poin merangkumi bahagian enjin, transmisi, sistem penyejukan, brek, stereng kuasa, klac, tayar, suspensi dan elektrik.

SEBAGAI satu inisiatif di bawah Program Keselamatan Jalan Raya, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) bakal memberikan perkhidmatan pemeriksaan kenderaan percuma melalui program Tweckbot.

Tweckbot akan berlangsung di ITCC Mall, Penampang, Sabah bermula jam 10 pagi hingga 5 petang pada 21 dan 22 Disember ini akan menawarkan pemeriksaan percuma ke atas kenderaan Perodua.

Iklan
Iklan

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad, pelanggan yang memeriksa kenderaan mereka dengan Tweckbot akan menerima baucar diskaun 20 peratus yang boleh ditebus untuk pembelian alat ganti dan aksesori terpilih di mana-mana pusat servis Perodua yang sah.

"Menjelang perayaan Krismas dan Tahun Baharu yang bakal tiba, ramai yang akan menggunakan jalan raya untuk bercuti dan melawat keluarga dan juga sahabat handai.

Iklan

"Kami berharap pelanggan mengambil peluang menerusi program ini bagi memastikan perjalanan pulang ke kampung halaman bagi meraikan hari penting dengan selamat,” katanya sambil menambah pasukan Tweckbot akan memeriksa kenderaan pengguna dan memberi laporan secara percuma.

Semasa menunggu, kakitangan Perodua akan mempelawa pelanggan untuk menyertai pelbagai aktiviti menyeronokkan yang antara lain akan meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan jalan raya.

Iklan

Sebagai info, Perodua Tweckbot telah memeriksa lebih 8,000 kenderaan sejak pengenalannya pada tahun 2011.