Bukan Pas masuk Kerajaan Perpaduan tapi UMNO sertai PN - Razali

Iklan
Razali (tengah) ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Bersatu Terengganu.

KUALA TERENGGANU - Bukan Pas masuk Kerajaan Perpaduan sebaliknya UMNO sertai Perikatan Nasional (PN), kata Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Razali Idris.

Justeru, Razali berpandangan penyertaan UMNO dalam gabungan itu dapat menubuhkan kerajaan Persekutuan yang baharu.

Iklan
Iklan

"Saya lagi bersetuju sekiranya UMNO duduk dalam PN dan kita tumbangkan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

"Yang mana dalam UMNO sendiri pun sebahagiannya memang tak setuju UMNO bersama dengan PH kerana adanya DAP.

Iklan

"Sekiranya UMNO sertai PN maka potensi bagi kerajaan PH tumbang adalah sangat besar dan UMNO pun cakap dia sebagai 'king maker'.

"Jadi nak bantu Melayu nak bina Islam di negara kita maka saya rasa itu yang terbaik sekarang ini," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Khas Badan Pimpinan Negeri Terengganu di Ibu Pejabat Bersatu Terengganu di sini pada Jumaat.

Sebelum ini Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi PH ketika diwawancara media antarabangsa berkata, beliau bersedia untuk mempertimbangkan kerjasama bersama parti Islam itu sebagai rakan kongsi dalam Kerajaan Perpaduan.

Pada Khamis, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menafikan akan menjadi sebahagian Kerajaan Perpaduan seperti dilaporkan oleh sebuah media tempatan baru-baru ini.

Tuan Ibrahim menegaskan bahawa Pas menghormati dan berpegang teguh dengan permuafakatan politik bersama rakan-rakan komponen dalam PN.

Mengulas lanjut, Razali berkata, pihaknya percaya bahawa Pas tidak akan keluar dari PN kerana parti itu merupakan sebuah parti yang berprinsip untuk kekal bersama gabungan tersebut.

"Sekarang ini dia (pemimpin Kerajaan Perpaduan) pancing (ajak Pas sertai) tu nak pecahbelahkan PN bukan nak sangat Pas masuk kerajaan.

"Sebab apa saya katakan macam itu sebab ada beberapa parti komponen PH yang tak setuju kemasukan Pas dalam kerajaan.

"Jadi lebih baik UMNO keluar (Kerajaan Perpaduan) dan masuk PN. Kita sama-sama tubuh kerajaan yang mana Melayu majoriti," jelasnya.