Lelaki nyaris maut, kereta terhumban dalam gaung

Iklan
Anggota bomba membawa naik mangsa sebelum dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) untuk mendapatkan rawatan selanjutnya. - Foto Ihsan bomba

TEMERLOH - Seorang lelaki nyaris maut apabila kereta yang dipandunya terjatuh ke dalam gaung di Jalan Besar menghala ke Maran berhampiran sebuah kilang papan Temerloh awal pagi tadi.

Mangsa, Mohd Faizal Ali, 34, tidak mengalami sebarang kecederaan selepas terjatuh ke dalam gaung sedalam 4.5 meter kira-kira jam 1.30 pagi itu.

Iklan
Iklan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Angin, Penolong Penguasa Bomba Hasnuddin Hussin berkata, seramai 10 anggota dan seorang pegawai bersama sebuah jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan berhubung kejadian.

Keadaan kereta mangsa yang terjatuh ke dalam gaung sedalam 4.5 meter di Jalan Besar menghala ke Maran berhampiran sebuah kilang papan Temerloh awal pagi tadi. - Foto Ihsan bomba

"Anggota operasi kemudiannya melakukan pemeriksaan supaya tiada lagi mangsa yang tersepit.

Iklan

Operasi menaikkan kereta terbabit mengambil masa kira-kira 20 minit," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, mangsa dibawa naik ke atas jalan dan dihantar ke ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

Iklan