Letusan White Island: Angka kematian bertambah 19 orang

Iklan
Kerja-kerja mencari mangsa yang terkorban masih giat dijalankan pihak berwajib sejak gunung berapi White Island, meletup 9 Disember lalu. - Foto: AFP

WELLINGTON - Jumlah kematian akibat letupan gunung berapi White Island, New Zealand meningkat kepada 19 orang selepas pihak polis mengesahkan satu kematian di hospital hari ini.

Jurucakap polis berkata, jumlah itu termasuk dua lagi mangsa yang mayatnya masih belum ditemui dan memaklumkan bahawa seorang lagi meninggal dunia di hospital Auckland semalam.

Iklan
Iklan

Dalam kejadian yang berlaku 9 Disember lalu, terdapat 47 pelancong warga Australia berada di pulau itu ketika ia meletus dan sehingga kini 25 mangsa masih berada berada di hospital serta ramai lagi masih berada dalam keadaan kritikal.

Pesuruhjaya Timbalan Polis, Mike Clement berkata, pihak polis masih lagi mencari dua lagi mangsa yang hilang walaupun gerakan pencarian di laut telah dikurangkan.

Iklan

"Kami tidak akan menyerah dan kami betul-betul berada di tengah laut...realitinya pencarian kami mungkin tidak tepat.

"Saya harap keluarga yang terbabit memahami situasi ini dan peluang untuk menemui mayat mangsa makin tipis," katanya selepas memberitahu keluarga mangsa mengapa mereka percaya bahawa mayat itu tidak berada di pulau terbabit. - AFP.

Iklan