RAMALLAH (Palestin) - Menteri Kesihatan Palestin Mai Alkaila merayu masyarakat antarabangsa dan semua pertubuhan hak asasi manusia untuk campur tangan dan melindungi Hospital Al Quds di Gaza daripada ancaman serangan Israel.
"Amat penting bagi masyarakat antarabangsa untuk bertindak segera bagi mengelak tragedi yang menimpa Hospital Arab Al Ahli pada Selasa lepas berulang," katanya dalam satu kenyataan, lapor Agensi Berita WAFA.