Waspada tawaran pelaburan meragukan - TH

Iklan
Para pendeposit Tabung Haji dan orang ramai disaran berhati-hati dan tidak mudah percaya dengan tawaran yang menjanjikan pulangan lumayan menerusi skim pelaburan meragukan. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Para pendeposit Tabung Haji dan orang ramai disaran berhati-hati dan tidak mudah percaya dengan tawaran yang menjanjikan pulangan lumayan menerusi skim pelaburan meragukan.

Lembaga Tabung Haji (TH) dalam kenyataan pada Sabtu memaklumkan ini kerana terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan taktik dengan mengiklankan skim pelaburan di media sosial seperti Facebook dan TikTok bagi memperdayakan orang ramai.

Iklan
Iklan

"Iklan-iklan ini akan dihubungkan dengan aplikasi WhatsApp untuk terus memperdaya orang ramai dengan menjanjikan keuntungan tinggi dan pantas.

"Lembaga Tabung Haji menyarankan para pendeposit dan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dengan tipu helah yang dilakukan oleh ‘scammer’,” menurut kenyataan itu.

Iklan

TH memaklumkan para pendeposit sentiasa diberikan peringatan dan nasihat mengenai perkara itu menerusi platform komunikasi rasmi institusi itu.

Para pendeposit dan orang ramai boleh menghubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian 03-62071919, untuk sebarang pertanyaan. - Bernama

Iklan