China turunkan tarif import lebih 850 produk

Iklan
Ekonomi di China didakwa berkembang pada kadar paling lemah dalam tempoh 30 tahun. - Foto: Agensi

BEIJING - China akan menurunkan tarif import terhadap lebih 850 produk termasuk avokado dan beberapa jenis komponen semikonduktor pada 2020.

Kementerian Kewangan memaklumkan langkah itu bertujuan untuk meningkatkan import di tengah-tengah ekonomi yang perlahan dan perang perdagangan bersama Amerika Syarikat (AS).

Iklan
Iklan

Jelasnya, tarif import itu adalah lebih rendah berbanding 706 produk yang dikenakan cukai kadar sementara pada 2019.

Selain itu, tarif terhadap beberapa ubat-ubatan asma dan diabetes adalah sifar manakala duti pada produk kayu dan kertas juga akan diturunkan.

Iklan

"Kami juga akan menurunkan tarif import terhadap beberapa produk teknologi maklumat bermula 1 Julai 2020," ujar kementerian itu lagi.

Difahamkan, ekonomi Beijing berkembang pada kadar paling lemah dalam tempoh hampir 30 tahun dan boleh berdepan tekanan lebih rendah pada tahun depan, namun kerajaan berikrar untuk mengekalkan pertumbuhan dalam lingkungan berpatutan pada 2020 dan mengekalkan dasar efektif serta pandangan ke hadapan.

Iklan

China dan AS bagaimanapun mencapai perjanjian fasa pertama yang dijangka ditandatangani pada bulan depan untuk meredakan perang tarif antara kedua-dua negara sejak lebih dua tahun lalu. - Agensi