Nawaz Sharif tiba di Pakistan selepas empat tahun hidup dalam buangan

Iklan
Nawaz Sharif (kanan) menandatangani dokumen undang-undang selepas ketibaannya di lapangan terbang Islamabad. Foto AFP

ISLAMABAD - Bekas Perdana Menteri Pakistan, Nawaz Sharif tiba di IsIamabad pada Sabtu selepas empat tahun hidup dalam buangan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Sharif, 73, tiba dengan penerbangan sewa khas dari Dubai.

Iklan
Iklan

Sejurus tiba di lapangan terbang, beliau mengadakan pertemuan dengan pasukan peguamnya untuk memenuhi prosedur berkaitan jaminan perlindungan yang diperolehnya pada Khamis.

Beliau kemudian akan berlepas ke Lahore dan dijadual berucap di hadapan penyokongnya pada satu perhimpunan. - Bernama

Iklan
Iklan