KUALA LUMPUR - Lima lelaki ditahan selepas disyaki terlibat dalam kes samun yang menyasarkan kedai serbaneka 24 jam seperti 7-Eleven dan KK Mart di beberapa lokasi di Ampang, Cheras dan Kajang.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail dalam kenyataan hari ini berkata, kesemua suspek berusia 18 hingga 40 tahun itu ditahan pada Khamis lepas susulan laporan oleh seorang pengadu berusia 18 tahun mengenai kejadian samun di sebuah kedai serbaneka 24 jam di Jalan Memanda, Ampang sehari sebelumnya.