51 cedera kemalangan libatkan 69 kenderaan di AS

Iklan
Polis masih menyiasat punca sebenar rantaian kemalangan di lebuh raya di Virginia semalam. - Foto: Agensi

WILLIAMSBURG - Kira-kira 51 cedera dalam rantaian kemalangan melibatkan 69 kenderaan di sebuah lebuh raya di Amerika Syarikat semalam.

Jurucakap polis negeri Virginia dalam satu kenyataan memaklumkan kejadian itu berlaku pada jam 8 pagi (waktu tempatan) di laluan Interstate 64 di daerah York, Virginia terletak kira-kira 80 kilometer dari tenggara Richmond.

Iklan
Iklan

"Tiada kematian dilaporkan. Siasatan awal mendapati nahas itu berlaku akibat kabus tebal dan jalan yang berais. Kami telah lancarkan siasatan lanjut untuk mengenal pasti punca sebenar insiden itu," kata jurucakapnya.

Difahamkan, pihak berkuasa mengambil masa beberapa jam untuk membersihkan laluan tersebut sebelum ia dibuka semula.

Iklan

Rakaman video menunjukkan beberapa kereta bertembung dan menghempap antara satu sama lain.

Dalam kejadian berasingan, lapan kereta turut terlibat dalam kemalangan di I-64 di arah bertentangan. - Agensi

Iklan