#QuranHour For Gaza: Orang ramai mula hadir ke Karangkraf

Iklan
Penasihat Bersama Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah (sembilan dari kanan) bersama sebahagian hadirin yang hadir menjayakan #QuranHour For Gaza 'Kemanusiaan Sejagat' di Kumpulan Karangkraf pada Ahad.

SHAH ALAM - Orang ramai mula hadir seawal jam 7 pagi di Kumpulan Karangkraf di sini untuk bersama-sama menjayakan #QuranHour For Gaza 'Kemanusiaan Sejagat' pada Ahad.

Program anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) dengan kerjasama MyAqsa Defenders yang dijangka bermula jam 8 pagi hingga 9.30 pagi ini mahu mengangkat nilai kemanusiaan berpandukan solusi surah al-Insan dan tujuh surah Musabbihat sebagai panduan perjuangan.

Iklan
Iklan

#QuranHour For Gaza menampilkan Qari Imam Palestin, Shaykh Rami As-Sousi; pentadabbur, Ketua Pegawai Penyelidik WUIF, Fazrul Ismail, dan Timbalan Dekan Fakuti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Ahmad Sanusi Azmi; Pengerusi Serantau Muslim merangkap Ahli Gabungan MyAqsa Defenders, Ustaz Mohd Hakim Mohd Nor.

Sesi berkenaan akan diakhiri dengan bacaan doa oleh pensyarah USIM, Mohd Shamsul Hakim Abd Samad.

Iklan

QuranHour For Gaza adalah cetusan, doa, kebersamaan untuk beriltizam dan berikrar untuk kita bersatu dan kembali meneguhkan diri dengan ilmu dan panduan al-Quran untuk kemenangan, sains dan teknologi, solat untuk peneguhan karakter dan infak sebagai tanda kesatuan ummah seluruh dunia

Solusi secara bersama ini diharapkan dapat menghentikan keganasan, mencapai gencatan senjata agar mesej kemanusiaan yang ada dapat menyelamatkan ratusan ribu wanita, kanak-kanak dan lelaki yang tidak bersalah di bumi barakah itu.

Iklan

Mereka yang tidak dapat hadir boleh bersama-sama mengikut program ini secara langsung di platform di Facebook QuranHour, My #QuranTime, Sinar Harian dan di TV Alhijrah.

Anda juga boleh sertai di Zoom: https://bit.ly/QuranHourForGaza