Rusia perhebat serangan balas di Kharkiv

Iklan
Serangan ke atas lokasi awam itu dikutuk gabenor wilayah tersebut. - Foto: Agensi

KIEV - Sekurang-kurangnya enam terkorban manakala 14 lagi cedera selepas sebuah pusat pengedaran pos di bandar Kharkiv menjadi sasaran bedilan misil Rusia pada Sabtu.

Gabenor wilayah itu, Oleh Synehubov menerusi Telegram memaklumkan sebahagian mangsa cedera berada dalam keadaan kritikal dan kini dirawat di hospital.

Iklan
Iklan

"Ia jelas lokasi awam. Moscow sengaja mencetuskan lebih banyak keganasan ke atas populasi di Kharkiv yang hidup secara aman," ujarnya.

Insiden serangan balas itu dilancarkan setelah tentera Ukraine memusnahkan hampir 50 kereta kebal milik Rusia dalam tempoh 24 jam ketika pasukan musuh tersebut memperhebatkan operasi ketenteraan di wilayah Donetsk.

Iklan

Menurut Institut Kajian Perang (ISW), tentera Moscow melancarkan serangan baharu berhampiran Adviika pada Jumaat dan semakin mara, sekali gus menunjukkan kesungguhan Rusia untuk meneruskan kempen di kawasan tersebut walaupun berdepan kerugian besar dan kehilangan anggota yang ramai.

Difahamkan, lebih 100 kenderaan perisai milik Moscow turut musnah ketika pertempuran beberapa hari lalu. - Agensi

Iklan