Aerotrain KLIA di China, hampir siap 90 peratus - Anthony Loke

Iklan
Tangkap layar hantaran Anthony Loke di Instagram pada Ahad.

SHAH ALAM - Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook meninjau perkembangan perkhidmatan penggerak penumpang automasi atau aerotrain Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di kilang pemasangannya di Wuhu, China.

Beliau berkata, kilang itu merupakan satu usaha sama antara syarikat Alstom dengan China Railway Construction Corporation Limited (CCRC).

Iklan
Iklan

"Reka bentuk sama seperti sebelumnya iaitu tidak mempunyai tempat duduk untuk menghubungkan hanya dua terminal dalam jarak yang agak dekat,” katanya menerusi hantaran di Instagram pada Ahad.

Sebelum ini, kemudahan aerotrain KLIA yang menyambungkan antara Terminal Utama dan Terminal Satelit telah diberhentikan kerana projek menaik taraf sedang dilaksanakan.

Iklan

Anthony memaklumkan, meskipun ia tidak mempunyai tempat duduk, namun terdapat penambahan daripada segi keluasan dan kerusi bagi golongan warga emas.

Beliau turut berharap agar Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dapat menyelesaikan isu kontrak dengan pihak kontraktor dan projek tersebut dapat disiapkan dengan kadar segera.

Iklan