[VIDEO] Masyarakat pelbagai kaum hadir solidariti untuk Palestin

Iklan

KUALA LUMPUR - Himpunan Freedom For Palestine di Dataran Merdeka di sini pada Ahad, bukan sahaja mendapat sokongan daripada kaum Melayu, malah masyarakat Cina dan India turut sertai bersolidariti menentang kekejaman Israel.

Himpunan yang dihadiri ribuan peserta itu bermula kira-kira jam 10 pagi dengan laungan jeritan 'Palestin', 'Israel shame of you' selain kibaran bendera Palestin serta plakad yang mengecam tindakan kejam rejim Israel.

Iklan
Iklan

Bukan itu sahaja, rakyat daripada negara lain seperti Syria, Tunisia, Mesir dan Pakistan turut menunjukkan tanda solidariti mereka.

Arul yang mewakili PSM hadir tanda sokongan terhadap rakyat Palestin di Dataran Merdeka pada Ahad.

Timbalan Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arutchelvan atau Arul berkata, isu Palestin adalah isu paling serius dalam dunia hari ini.

Iklan

Menurutnya, jika dunia boleh selesaikan isu Palestin, keamanan boleh dicapai.

"Ini merupakan antara penjajahan paling lama yang perlu ditentang sekerasnya. Perlu ada solisi politik daripada solusi ketenteraan.

Iklan

"Saya lihat isu ini bukan isu agama, tapi mengenai penindasan yang memerlukan kita bersolidariti dengan rakyat Palestin yang ditindas oleh rejim Israel," katanya kepada Sinar Harian di sini pada Ahad.

Sementara itu, ahli perniagaan, K C Low, 53, yang hadir ke himpunan ini bersama isterinya berkata, penindasan ini mengenai kemanusiaan.

Antara rakyat dari negara lain yang hadir bersolidariti dalam himpunan Freedom For Palestine di Dataran Merdeka pada Ahad.


Jelasnya, lihat apa yang terjadi pada kanak-kanak dan seluruh rakyat Palestin, negara mereka dikawal oleh Israel.

"Israel tidak wujud, mengapa perlu kacau dan ceroboh tanah Palestin. Kami mahukan kebebasan dan keadilan untuk isu ini," katanya.

Selain itu, K Thana Letchumi, 30, berkata, dia hadir ke himpunan ini bersama rakan sebagai tanda sokong terhadap rakyat Palestin yang ditindas.

"Apa yang berlaku, tanah Palestin dibom dan diserang dengan sangat teruk.

"Ini bukan soal agama, ini soal kemanusiaan. Tindakan Israel adalah satu serangan yang sangat teruk dan inilah kekejaman mereka," ujarnya.

K C Lowdan hadir bersolidariti dalam himpunan Freedom For Palestine di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada Ahad.