TEGUCIGALPA - Sekurang-kurangnya 16 lagi banduan terbunuh dalam pergaduhan antara kumpulan di penjara Honduras, kurang dari dua hari selepas 18 banduan terbunuh dan 16 cedera dalam keganasan maut di bandar utara Tela, Jumaat lalu.
Pegawai penjara berkata, senjata, pisau dan parang digunakan dalam pergaduhan di penjara El Porvenir, Tegucigalpa semalam.
Kerajaan mengisytiharkan keadaan kecemasan dalam sistem penjara Rabu lalu dengan memindahkan kawalan kepada pasukan tentera selepas gelombang keganasan penjara di Honduras menjadi semakin sesak.
Presiden Orlando Hernandez membuat keputusan itu selepas lima anggota geng MS-13 terbunuh ketika tahanan.
ARTIKEL BERKAITAN: 18 banduan mati bergaduh dalam penjara
Ia tidak menjelaskan apa yang telah mencetuskan kekacauan di penjara El Porvenir, tetapi pegawai tentera kerajaan, Luis Suazo berkata, kumpulan geng itu cuba melakukan campur tangan sehingga menyebabkan dua lagi banduan lain cedera.
"Banduan yang mati dan cedera akibat diserang dengan peluru dan senjata tajam," katanya.
Penjara Honduras menempatkan lebih 20,000 banduan walaupun hanya mempunyai kapasiti sekitar 8,000 orang dan difahamkan pergaduhan adalah perkara biasa kerana mereka saling bersaing untuk menjadi ketua ketika dalam tempoh tahanan. - Agensi.