PM Anwar bertemu Erdogan hari ini

Iklan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Istanbul untuk lawatan kerja dua hari ke Turkiye. - Foto Bernama.

ISTANBUL - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan bertemu Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan petang ini, sebelum menamatkan lawatan kerja dua harinya ke negara itu.

Pagi ini, beliau dijadualkan bertemu Menteri Kewangan Turkiye Mehmet Simsek di Hotel Shangrila di sini sebelum bertemu Menteri Luar Turkiye Hakan Fidan dan Pengarah Pertubuhan Perisikan Kebangsaan Turki Ibrahim Kalin.

Iklan
Iklan

Pada 3 petang waktu tempatan (8 malam waktu Malaysia) Perdana Menteri dijadualkan untuk bertemu Presiden Turkiye, dengan antara topik utama perbincangan berkaitan konflik di Gaza.

Pertempuran baru-baru ini di Palestin yang melibatkan pejuang Hamas, pihak berkuasa di Gaza dan rejim Israel, telah mengakibatkan ribuan nyawa di kedua-dua belah pihak terkorban, sejak 7 Oktober

Iklan

Anwar telah beberapa kali mengulangi komitmen Malaysia untuk bersolidariti dengan rakyat Palestin.

Perdana Menteri kemudiannya akan berlepas ke Mesir dan dijadualkan bertemu Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi. - Bernama.

Iklan