[VIDEO] IKIM semarak perjuangan rakyat Palestin menerusi platform media

Iklan

SHAH ALAM – Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) akan menggunakan semua saluran platform media bagi menyemarakkan perjuangan rakyat Palestin dan menghapuskan propaganda Barat menuduh Hamas sebagai pengganas.

Ketua Pengarahnya, Profesor Madya Datuk Dr Mohamed Azam Mohamed Adil berkata, langkah itu penting dalam usaha memberikan informasi terkini kekejaman Zionis yang mahu melenyapkan Gaza.

Iklan
Iklan

"Sebagai contoh menerusi penganjuran #QuranHour For Gaza, IKIM sentiasa menyokong usaha dan gerakan untuk menjelaskan kepada umum bahawa tindakan Israel melampau dan berada di luar peradaban manusia,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohamed Azam Mohamed Adil

Beliau berkata demikian selepas hadir pada program #QuranHour For Gaza anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) dengan kerjasama MyAqsa Defenders di Kumpulan Karangkraf pada Ahad.

Iklan

Jelasnya, penganjuran program bersifat kerohanian penting dalam membantu saudara seagama di Gaza.

"Saya sudah memohon pengarah pusat media, penerbit program Warna Pagi menguatkan usaha agar kita dapat menyampaikan kepada semua umat Islam di dunia mesti bersatu,” katanya.

Iklan

Ujar Mohamed Aza lagi, tanpa usaha dan peranan media,pihaknya khuatir rakyat khususnya generasi baharu akan mendapat maklumat yang salah menerusi medium propaganda mereka.

"Terbukti media barat hampir kesemuanya menyebelahi tindakan rakus Israel dengan menyembunyikan agenda penghapusan etnik di bumi barakah itu," ujarnya.