Himpunan 'Freedom For Palestine' berlangsung aman - Polis

Iklan
Orang ramai memenuhi Dataran Merdeka pada Ahad sebagai tanda sokongan terhadap rakyat Palestin pada Himpunan Freedom For Palestine. (Gambar kecil: Noor Dellhan)

KUALA LUMPUR - Himpunan Freedom For Palestine yang dianjurkan di Dataran Merdeka dekat sini pada Ahad berlangsung dengan aman tanpa sebarang insiden tidak diingini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, seramai 3,000 peserta telah hadir dalam himpunan terbabit.

Iklan
Iklan

"Kita ada terima notis penganjuran daripada pihak penganjur yang mengikuti semua peruntukan undang-undang.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengingatkan, sebarang perhimpunan yang ingin dianjurkan perlu membuat permohonan kepada polis mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.

Iklan
Iklan

Sinar Harian turut melaporkan beberapa himpunan berkaitan Palestin telah dianjurkan di sekitar ibu negara dan negeri membabitkan beberapa pihak termasuk parti politik serta badan bukan kerajaan (NGO).