Kerajaan penakut jika tidak bertindak isu 3R sebenar - Abdul Hadi

Iklan
Abdul Hadi

SHAH ALAM - Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mencabar kerajaan untuk berani bertindak terhadap isu 3R iaitu mencabar ALLAH SWT, Rasulullah SAW, undang-undang syariah, umat Islam dan Raja-Raya Melayu yang menjadi ketua agama Islam.

Tanpa menyentuh kes spesifik, beliau berkata, perkara-perkara yang dinyatakan merupakan isu 3R sebenar yang tidak boleh dicabar.

Iklan
Iklan

"3R ini mencabar Islam, mencabar ALLAH SWT, mencabar Raja-Raja (Melayu)...ini 3R yang sebenar.

"Saya cabar kerajaan PH (Pakatan Harapan) supaya berani bertindak... ini 3R yang sebenar... kalau tidak (bertindak) mereka penakut," katanya ketika ucapan penggulungan Muktamar Tahunan Pas ke-69 di sini pada Ahad.

Iklan

Abdul Hadi menambah, cabaran tersebut juga sebagai peringatan bahawa Pas tidak akan membiarkan isu 3R tersebut dibiarkan begitu sahaja.

"Kita beri ingatan. Kita tak akan biarkan perkara ini berlalu dengan percuma. Ini peringatan kita... bagaimana nak bertindak, tunggu dan lihat," katanya.

Iklan

Jelas beliau, perkara yang dinyatakan lebih besar daripada peristiwa rusuhan Natrah dan isu Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) yang menyaksikan hampir empat juta orang turun ke jalanan.