Gasing Terbang

Iklan
Addenan Mat Said, 58, (kiri) membaling gasing dan disambut oleh Rukman Mohamad, 57, semasa bermain gasing terbang atau turut dikenali sebagai gasing uri ketika ditemui pada Pameran Nelayan Berkolek di Terrapuri Heritage Village, Penarik. Permainan tradisional itu amat popular dalam kalangan masyarakat Terengganu (khususnya di daerah Besut) dan Kelantan suatu ketika dahulu dan hampir 'tenggelam' ditelan kemodenan. - Foto: Bernama