SHAH ALAM - Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menyifatkan jawatan tertinggi yang tidak dipertandingkan dalam pemilihan kali menunjukkan parti itu mengamalkan 'demokrasi paling hebat'.
Menurutnya, ruang dan peluang seluasnya telah diberikan kepada akar umbi di kawasan untuk menentukan kepimpinan di peringkat pusat.
Iklan
Iklan
"Kita telah mengarahkan semua kawasan membuat pencalonan dengan syarat-syarat tertentu dan pencalonan diterima juga bukan sedikit.
"Tapi akhirnya yang bersedia menyahut seruan untuk dicalonkan dan dipilih adalah sebagaimana disenaraikan," katanya dalam ucapan penggulungan Muktamar Tahunan Pas ke-69 di sini pada Ahad.
Beliau menjelaskan, tiada pertandingan bagi Dewan Muslimat dan Dewan Ulama.
"Dewan Pemuda hanya Jawatankuasa Kerja Pemuda Pusat, daripada 15 untuk dipilih 12 orang.
"Untuk Pas Pusat, 22 untuk dipilih, 18 orang (yang dilantik). Inilah amalan demokrasi yang dilaksanakan sepenuhnya dalam Pas,” katanya.