Puteri Sarah demam panas, badan lemah tidak boleh berdiri

Iklan
Puteri Sarah memaklumkan bahawa dirinya mengalami demam panas sehingga suhu badan mencecah 40 darjah celsius menerusi satu hantaran di laman sosial, Instagram pada Ahad.

PELAKON Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin telah dimasukkan ke wad kecemasan akibat demam panas sehingga mencecah suhu badan 40 darjah celsius.

Perkara itu dimaklumkan Puteri Sarah menerusi satu hantaran di media sosial, Instagram pada Ahad.

Iklan
Iklan

"Pergi @officialhlive semalam, @farhana.ab.rahman dan @feridehikmetatak tanya, kenapa rupa kau ni teruk sangat?” tulisnya.

Menurutnya, susulan daripada itu beliau tekad untuk pergi ke sebuah hospital swasta bagi mendapatkan rawatan kerana merasakan badannya kurang sihat.

Iklan

Selepas pemeriksaan lanjut, doktor memaklumkan bahawa Puteri Sarah mengalami demam panas dan dimasukkan ke wad kecemasan untuk rawatan selanjutnya.

"Suhu sekarang sudah 40 darjah celsius dan terus masuk ke wad kecemasan dengan ‘drip with paracetamol and vitamin C’. Badan terlalu lemah tak boleh nak berdiri dah,” ujarnya.

Iklan

Puteri Sarah berkata, hasil pemeriksaan darah menunjukkan dia tidak mengalami sebarang komplikasi lain.

"Pengajaran daripada cerita ini, kalau rasa tak sedap badan, pergilah buat pemeriksaan kesihatan dengan segera. Takut nanti jadi lagi teruk,” jelasnya.