Isu Palestin: Dunia harus bangkit, hentikan hipokrasi - Anwar

Iklan
Anwar mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Arab Saudi Putera Mahkota Mohammed bin Salman di Istana Al Yamamah pada Ahad. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dunia perlu bangkit dan menghentikan sikap hipokrit yang sangat jelas mengenai situasi yang sedang berlaku di Gaza.

Anwar berkata, terdapat terlalu banyak percanggahan, penipuan dan kepura-puraan dalam arena politik antarabangsa, dan perbuatan ini mesti dihentikan.

Iklan
Iklan

"Malah, saya berani mengatakan bahawa pelajar cemerlang dalam sejarah dan geopolitik tidak semestinya terkejut. Anda bercakap tentang hak asasi manusia dan pada masa sama anda menafikan hak orang lain, saya merujuk contohnya anda mengutuk Rusia atas pencerobohan kerana keputusan Rusia untuk mengambil enklaf Rusia di Ukraine, adil.

"Tindakan itu dikutuk tetapi, isu pencerobohan Israel dan mengambil alih tanah rakyat Palestin, ia dibenarkan, dan bukan itu sahaja, malah perbuatan itu terus disokong dan dipertahankan," katanya dalam temu bual dengan Arab News pada Jumaat, di luar Sidang Kemuncak Pertama ASEAN-Majlis Keselamatan Teluk (GCC) di Riyadh.

Iklan

Menyifatkan situasi yang berlaku di Gaza ketika ini sebagai suatu 'kegilaan', Anwar berkata, Malaysia tetap dengan pendirian bahawa pencerobohan dan penindasan serta layanan buruk terhadap wanita dan kanak-kanak di Gaza sehingga menyebabkan mereka menderita, harus dihentikan.

Mengulas ucapan perasmian Putera Mahkota yang juga Perdana Menteri Arab Saudi Mohammed Bin Salman pada sidang kemuncak itu, Anwar berkata, Malaysia menyokong penuh usaha Arab Saudi dan GCC untuk menamatkan krisis dan mencegah tercetusnya perang yang lebih serius.

Iklan

"Tanpa dirancang, saya merupakan responden terawal dan secara serta-merta, saya terus mengucapkan terima kasih kepada beliau dan mengatakan bahawa kita bersama anda dan GCC, kerana apa yang anda katakan apabila anda memimpin, ia akan memberi impak yang kuat berbanding negara ASEAN yang jaraknya agak jauh.

"Tidak terlampau untuk mengatakan bahawa ucapan perasmian Putera Mahkota itu amat menyentuh hati saya, mereka bersemangat dan sudah tiba masanya seorang pemimpin dalam dunia Arab mengambil pendirian teguh atas dasar kemanusiaan," katanya.

Anwar berkata, Putera Mahkota telah memainkan peranan utama di rantau ini termasuk menganjurkan dan menyelaras GCC serta Sidang Kemuncak Riyadh ASEAN.

Beliau berkata, persidangan Menteri Luar bukan persidangan biasa, tetapi memperoleh beberapa parameter asas dan pemahaman mengenai kerjasama, khususnya mengenai bantuan kemanusiaan.

"Saya perlu ambil perhatian dan terima kasih kepada beliau, lebih penting lagi, nuansa diplomatik, adalah untuk membincangkan secara khusus peranan beberapa syarikat besar di sana dan terdapat beberapa syarikat kita sendiri di sini, dan bagaimana kita boleh memanfaatkan pengalaman masing-masing dari segi penyelidikan, teknologi baharu, penghantaran hijau, perdagangan dan pelaburan.

"Saya akan gunakan setiap minit untuk memastikan kita mendapatkan sesuatu yang penting untuk kedua-dua negara,” kata Anwar.

Sementara itu dalam temu bual dengan Asharq Al-Awsat, Anwar menggesa masyarakat antarabangsa melakukan segala yang terdaya untuk menjamin keamanan di Semenanjung Gaza berikutan ribuan nyawa yang tidak bersalah, telah terkorban akibat serangan Zionis Israel.

Anwar berkata, Malaysia percaya bahawa semua orang mesti bekerjasama untuk menghentikan kegilaan pembunuhan berterusan yang diamalkan oleh Israel di Palestin, khususnya di Semenanjung Gaza yang menjejaskan kehidupan orang yang tidak bersalah yang mendapat rawatan di hospital dan berlindung di tempat awam.

"Kami mengambil pendirian yang sangat teguh bersama-sama dengan saudara, kawan, sekutu, dan jiran kami. Perbuatan keji ini mesti berakhir.

"Masyarakat antarabangsa mesti berusaha bersungguh-sungguh untuk menjamin keamanan. Dan saya maksudkan keamanan untuk semua (...) tetapi Gaza kini dikepung, dan orang ramai bergelut untuk hidup, tiada bekalan air, elektrik, makanan dan ubat-ubatan. Keadaan ini benar-benar tragis,” kata Perdana Menteri. - Bernama