Tiada perbincangan tukar portfolio - Ahmad Zahid

Iklan
Ahmad Zahid

PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi malam Ahad memberikan bayangan bahawa beliau dijangka kekal di Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) yang diterajuinya kini.

Ketika berucap pada Majlis Penutup Kejohanan Sukan Majlis Kebajikan dan Sukan KKDW (MAKSPEN) XIV di sini pada Ahad, Ahmad Zahid berkata, ini kerana tidak ada perbincangan diadakan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai pertukaran portfolio.

Iklan
Iklan

"....tapi saya rasa tidak ada pertukaran kementerian kerana PM (Anwar) tidak pernah bincang pun dengan saya," katanya.

Ahmad Zahid pada 3 Oktober lepas dilaporkan meminta semua pihak tidak membuat spekulasi berhubung rombakan Kabinet kerana ia hak prerogatif Anwar.

Iklan

Sementara itu, Ahmad Zahid mahu kejohanan MAKSPEN yang berlangsung setiap dua tahun ketika ini, diadakan lagi pada tahun hadapan.

"Kali terakhir kita adakan sukan ini ialah pada 2015 dan selepas itu tiada lagi. Dengan ini saya arahkan tahun depan wajib diadakan semula," katanya disambut sorakan dan tepukan gemuruh peserta kejohanan.

Iklan

Beliau turut mencadangkan Hari Keluarga KKDW diadakan sempena MAKSPEN 2024. - Bernama