BULGARIA - Siapa yang mahu bibir mungil dan montok, anda boleh menggunakan asid hialuronik bagi menambah saiz bibir seperti mana dilakukan oleh Adrea Ivanova.
Memetik laporan News.com, gadis berusia 22 tahun dari Bulgaria ini nekad melakukan suntikan sebanyak 17 kali semata-mata mahu tampil kelainan dan memiliki bibir yang seksi selain bibir paling besar di dunia.
Ivanova yang masih menuntut di Universiti Sofia, Bulgaria mengambil jurusan filologi telah melaburkan sebanyak AS$250 (RM1,035) bagi setiap rawatan dan pada September lalu, dia telah mengambil 15 suntikan.
Mula menjalankan rawatan itu pada tahun lalu, Ivanova akui lebih gembira dengan saiz bibir sebegitu kerana ia menarik perhatian orang ramai.
"Saya suka dengan bibir saya sekarang berbanding dulu. Saya gembira kerana bibir ini lebih besar dan cantik.
"Saya juga tidak ingat berapa banyak saya sudah menghabiskan wang untuk bibir ini,” katanya.
Dalam pada itu, orang ramai mengatakan Ivanova sangat taksub dengan keadaan dirinya bagaimanapun dia hanya mahu kelihatan lebih menarik sahaja.
Ekoran perubahan pada bibir dan wajahnya, dia kini memiliki 26,800 pengikut di Instagram setelah kisahnya tular di laman sosial dan mendapat liputan seluruh dunia.