SERPIHAN peluru dari kereta kebal Israel telah mengenai sempadan Mesir, mencederakan sekurang-kurangnya tujuh orang termasuk beberapa pengawal sempadan Mesir.
Kejadian berlaku lewat Ahad, dengan tentera Israel mendakwa ia insiden tidak disengajakan ke atas kedudukan Mesir berhampiran sempadan semenanjung Gaza.
Iklan
Iklan
Sementara itu, jurucakap tentera Mesir mengesahkan kejadian itu bagaimanapun pihaknya tidak mendedahkan jumlah anggota yang cedera.
Saksi melaporkan mendengar letupan diikuti dengan bunyi ambulans yang dikerahkan dari pihak Mesir.
Penganalisis politik kanan Al Jazeera, Marwan Bishara berkata, insiden itu boleh merumitkan lagi hubungan Israel dan Mesir.
Jelasnya, ia membawa kepada amaran oleh Mesir kepada Israel bahawa rejim Zionis itu perlu meredakan pengeboman yang di Gaza.
Letupan tidak sengaja itu berlaku hanya beberapa jam selepas konvoi kedua trak bantuan memasuki bahagian Mesir di sempadan Rafah untuk menuju ke Gaza. - AWANI