TEL AVIV - Hezbollah dari Lubnan menerima peringatan daripada Benjamin Netanyahu bahawa kumpulan pejuang itu akan ‘dihancurkan’ dengan kekuatan yang tidak dapat dibayangkan sekiranya memutuskan untuk terlibat dalam peperangan Palestin-Israel.
"Maksudnya, Hezbollah dan negara Lubnan akan diruntuhkan, namun begitu, kami bersedia untuk sebarang senario,” kata Perdana Menteri Israel itu pada Ahad.
Iklan
Iklan
Hezbollah merupakan gerakan Islam yang disokong oleh Iran dan mempunyai salah satu pasukan paramiliter yang terkuat di Timur Tengah.
Kumpulan ini yang memiliki pangkalan utama di sempadan Israel-Lubab, boleh menjadi pemain yang tidak terduga dalam peperangan antara Hamas dan Israel sekali gus memicu konflik serantau yang lebih meluas.
Konflik yang bermula dengan serangan mematikan Hamas ke atas Israel - yang menurut pegawai Israel telah membunuh 1,400 orang - telah mencetuskan kesan yang meluas di Timur Tengah serta mengakibatkan ketegangan diplomatik dan protes di seluruh dunia.
Kesan konflik tersebut turut memberi kesan di sempadan Lubnan-Israel, di mana Hezbollah dan Israel terlibat dalam pertempuran kecil yang berlarutan sejak peperangan bermula, yang meletakkan seluruh kawasan dalam keadaan tegang.
Masih tidak jelas sama ada Hezbollah akan campur tangan dalam peperangan antara Hamas dan Israel demi pihak Palestin.
Sekiranya Hezbollah terlibat dalam peperangan, ia akan membuka konflik serentak yang akan mendorong Timur Tengah ke wilayah yang tidak dapat diramalkan dengan kesan yang sukar diramalkan. - Agensi/ Awani