Ketua Hamas, Menteri Luar Iran bincang cara hentikan serangan Israel ke atas Gaza

Iklan
Dari kiri: Ismail Haniyeh, Hossein Amir-Abdollahian

GAZA - Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh menerima panggilan telefon daripada Menteri Luar Iran, Hossein Amir-Abdollahian pada Ahad bagi membincangkan"apa cara yang boleh digunakan” untuk menghentikan Israel daripada terus membedil Gaza.

Kedua-dua pemimpin itu turut berbincang mengenai perkembangan kegilaan Zionis ke atas Semenanjung Gaza, kata Hamas dalam hantaran yang dikongsi dalam aplikasi Telegram.

Iklan
Iklan

Pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei sebelum ini menegaskan, Tehran tidak terlibat dalam serangan Hamas ke atas Israel pada 7 Oktober lalu, namun, memuji tindakan berkenaan.

Menurut pentadbiran Amerika Syarikat, tiada"maklumat jelas” yang boleh mengaitkan Iran dalam serangan itu pada masa ini, namun, Washington percaya, Iran"bersubahat” dalam serangan Hamas ke atas Israel. - Agensi

Iklan
Iklan