2,616 kes penipuan di Johor, rugi RM166.3 juta

Iklan
Onn Hafiz (kanan) mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Johor Bil. 2 (JKKN) 2023. - Foto: FB Onn Hafiz

JOHOR BAHRU - [DIKEMAS KINI] Sebanyak 2,616 kes penipuan direkodkan di Johor, dengan kerugian berjumlah RM166.3 juta dalam tempoh sembilan bulan bermula Januari lepas.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, angka itu sekali gus menunjukkan kes penipuan menjadi jenayah komersial tertinggi di negeri ini.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, antara kes penipuan itu melibatkan pinjaman dan pelaburan tidak wujud, penipuan panggilan, tawaran kerja, belian dalam talian dan menyamar sebagai kenalan.

"Semasa mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Johor Bil. 2 (JKKN) 2023, saya telah menegaskan perlunya penyelesaian dan langkah tuntas diambil bagi menangani isu penipuan yang semakin berleluasa.

Iklan

Onn Hafiz berkata, kerajaan negeri Johor yakin dengan kredibiliti dan langkah yang telah disusun oleh agensi keselamatan dalam memastikan keamanan dan sebarang ancaman daripada darat, laut dan udara negeri sentiasa terkawal.

"Semoga Agenda Johor Selamat dapat diselaraskan kepada semua agensi keselamatan, agar hasrat menjadi sebuah negeri maju menjelang 2030 tercapai. Insya-Allah," katanya. - Bernama

Iklan