Bintang ragbi England luah hasrat bersara

Iklan
Lawes (tengah) mahu memberi lebih tumpuan kepada keluarga selepas meluahkan hasrat bersara daripada pentas antarabangsa. - Foto EPA

PEMAIN sensasi England, Courtney Lawes meluahkan hasrat untuk bersara daripada aksi peringkat antarabangsa selepas tamat Piala Dunia Ragbi di Perancis bagi memberi fokus kepada keluarganya.

Pemain berusia 34 tahun itu dijangka tampil buat kali terakhir bersama England pada penentuan pingat gangsa menentang Argentina pada Jumaat.

Iklan
Iklan

Lawes sudah mengumpul 105 kap dan beraksi di empat Piala Dunia.

"Anak-anak saya pada peringkat usia yang memerlukan ayah mereka dan pastinya sangat bagus meluangkan lebih banyak masa bersama mereka.

Iklan

"Saya akan bersara selepas Piala Dunia ini,” katanya.

Penolong kapten England itu muncul pemain kelima negaranya paling banyak kap seperti dilaporkan media Britain.

Iklan

Lawes bagaimanapun belum memaklumkan hasratnya itu kepada jurulatih, Steve Borthwick.

"Saya belum bercakap dengan jurulatih dan akan beritahunya. Namun saya sudah luahkan hasrat kepada rakan yang lain.

"Inilah masanya. Saya beraksi di empat Piala Dunia dan gembira dengan pencapaian itu,” katanya.

Lawes yang bakal meneruskan kariernya bersama Northampton Saints tampil kali pertama menentang Australia pada November 2009 dalam skuad yang ketika itu diketuai pengurus England sekarang Borthwick.