Dua mekanik ditahan miliki 54,000 pil kuda

Iklan
Muhamad Zaki (dua dari kiri) menunjukkan motosikal yang digunakan dua mekanik ketika ditahan di Jalan Sultan Yahya Petra.

KOTA BHARU - Polis menahan dua mekanik di Jalan Sultan Yahya Petra, di sini pada Sabtu dalam Ops Tapis Khas dan merampas 54,000 biji pil kuda bernilai RM594,000.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, kedua-dua mereka ditahan ketika sedang duduk di atas motosikal di kawasan parkir berhadapan Apartmen Kota Sri Mutiara.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, pemeriksaan yang dijalankan pada motosikal menemui dadah berkenaan dengan berat dianggarkan 7.223 kilogram.

"Mereka ditahan reman selama tujuh hari bermula Ahad dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur dan tidak kurang 12 sebatan," katanya.

Iklan

Sementara itu, Muhamad Zaki memberitahu, Ops Tapis Khas yang dilaksanakan selama lima hari bermula Rabu turut menahan 254 individu berumur di antara 16 hingga 64 tahun.

Jelas beliau, daripada jumlah itu, seramai 246 merupakan warga tempatan dan selebihnya warga asing.

Iklan

"Dalam tempoh operasi itu juga, polis merampas dadah bernilai lebih RM660,242 manakala harta yang disita berjumlah RM115,000," katanya.

Tambah beliau, jumlah dadah yang dirampas jika diedarkan boleh digunakan untuk 59,522 penagih dadah.