Bali darurat, Nourul Depp kongsi keadaan terkini

Iklan
Nourul bersama suami dan anak-anaknya.

PENYANYI Nourul Depp yang kini menetap di Bali, Indonesia berkongsi keadaan terkini susulan negeri itu mengenakan perintah darurat selama dua minggu akibat kemarau dan kebakaran yang melanda pulau peranginan itu.

Jelas Nourul atau nama sebenarnya Noorul Huda Abdul Wahab, 46, ramai yang bertanya keadaan dirinya serta keluarga dan berharap perkongsian yang dibuat akan mengurangkan kebimbangan buat rakan dan keluarga di Malaysia.

Iklan
Iklan

"Ramai yang tanya Nourul okey ke dekat Bali? Dengar kata darurat, ada kecemasan. Saya jawab di sini,sebenarnya kehidupan berjalan seperti biasa.

"Ya memang ada kebakaran, ya tengah kemarau tapi sekarang sudah nampak mendung sedikit. Sepatutnya sudah masuk musim hujan, tetapi di sini masih panas dan kering. Mudahan-mudahan akan hujan dan musim tengkujuh akan sampai tidak lama lagi.

Iklan

"Alhamdulillah, Bali normal,” ujar Nourul dalam sebuah video yang dimuat naik dalam akaun Instagram.

Dalam video itu, Nourul menunjukkan situasi kesibukan jalan raya yang berjalan seperti kebiasaan dan sempat berhenti di tepi jalan bagi menjawab persoalan ramai.

Iklan

Nourul berkahwin dengan Eric Daniel Depp pada 2012 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Zachary, 10, Raphael, 8, dan Isabella 4.

Penyanyi yang popular dengan lagu Kerana Terluka itu kini menetap di Bali sejak 2021 bagi memberi pendidikan terbaik buat anak-anaknya.

Terdahulu, pengisytiharan darurat Bali mencetuskan kebimbangan ramai terutama mereka yang telah merancang percutian ke pulau tersebut.

Arahan tersebut dikeluarkan pada Khamis lalu dan membabitkan semua daerah dan bandar di seluruh wilayah itu, termasuk Denpasar, Badung, Bangli, Buleleng, Gianyar, Jembrana, Karangasem, Klungkung dan Tabanan.

Darurat berkuat kuasa sehingga 1 November dan boleh dilanjutkan atau dipendekkan mengikut keperluan.